Rajin-rajin klik yer

Showing posts with label share info. Show all posts
Showing posts with label share info. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

deretan keluaran kereta2 PROTON baru

berita baik untuk yang baru nk beli kereta....jom tgk kereta2 baru leuaran proton...nama2 pahlawan tu...bangga2


bergaya untuk tahun baru 2011...haih...tup2 dh abis tahun....tanam azam baru yer kawan2...











noradura- kena beli hari isnin ler...klu kaler putih...hahahhahaha

pengaruh warna mengikut hari

haish...dah lewat petang baru boleh jenguk blog hari ni...meeting sana sini konon sibuk la...hehehe...hujung2 tahun ramai bercuti...meeting pon brape kerat jer tinggal...hak sorang tu la nak cover macam2 benda...takpe tlg kawan2 sekali sekala...

masuk2 jer bilik meeting tadi sorang kakak tu tegur (semua lam meeting tu kebetulan perempuan sorang je laki...so byk la agenda ter"divert" ke girl's topic)...hahahahha...

"eh, nape pakai kaler merah arini?"..."lor nape pulak kak?"...eh hari ni kan hari warna KUNING/OREN...kena pakai hari sabtu nanti baju ni....nape pulak kak?...awal2 meeting dh tak masuk topik...setengah jam jugak la explain psl warna mengikut hari ni...hehehehe

kalau kawan2 nak tahu....hari ni ade warna-warna yang sesuai rupanya...tak tahu la sejauh mana kesan warna tersebut kepada seseorang kalau pakai warna tersebut pada hari yang sepatutnya...saya rasa sama jer....tp kakak tu ckp kalau pakai ikut tema, aura lagi kuat....ye kot...boleh la cuba kawan2 yer...

HARIWARNAFREQUENSI
ISNINPUTIH0- 279 nanometer
SELASAPINK / VIOLET
380- 489 nanometer
RABUBIRU490- 544 nanometer
KHAMISKUNING / OREN555-729 nanometer
JUMAATHIJAU545- 554 nanometer
SABTUMERAH730- 780 nanometer
AHADHITAM0- 279 nanometer

noradura- sian baju2 kaler kelabu, takde hari nak pakai....hehehe...meeting tu meleret sampai ke lunch hour...tapi sibaik meet the objectives...huhu

Monday, December 20, 2010

Jadual Hari kelepasan Am Persekutuan 2011



Jadual hari kelepasan am persekutuan dah dikeluarkan oleh kabinet...tapi ni page 1 jer tau...page seterusnya boleh refer kat sini

boleh la kawan2 merujuk untuk tarikh2 penting...nak tunang ka...nak kawen ka....nak bercuti ka...heheheh...kalau yang jatuh pada hari yang dekat2 dengan hujung minggu tu bole la panjangkan lagi cuti yer tak...pandai2 la atur...sape yang nk flight tiket lebih murah...bole la tempah dari sekarang....hehehehhe


Semak saman kenderaan anda!

hujung-hujung tahun ni ramai kawan-kawan yang bercuti...especially yang ade anak-anak sekolah...time ni la nak bawa diorang melancong...bila lagi nk tggu cuti sekolah panjang...yer dak

sebelum bercuti tu saya nasihatkan jugak kawan-kawan supaya semak saman kenderaan masing2...mana la tahu kena tahanke hape ke tgh jalan...tak ke haru tu...hehehe
Semakan boleh dibuat melalui 3 cara yer kawan2...

1.http://www.myeg.com.my/
3. SMS taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak> (nombor kenderaan/mykad) dan hantar ke 32728



noradura - tetiba ade saman....RM180 bakal terbang...adeih!

250 mangsa banjir terima alat sekolah

ALOR SETAR 17 Dis. - Seramai 250 pelajar yang menjadi mangsa banjir menerima bantuan peralatan persekolahan daripada Kumpulan Petronas pada satu program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, di sini hari ini.

Kesemua pelajar yang terlibat menerima bantuan berupa beg sekolah, alat tulis dan wang tunai RM100 setiap seorang daripada Petronas dan anak-anak syarikatnya bagi membantu mereka membuat persiapan untuk memulakan sesi persekolahan baru mulai 2 Januari ini.
Mereka merupakan mangsa-mangsa banjir dari daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar dan dikenal pasti oleh JKM negeri untuk menerima bantuan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Fertilizer (Kedah) Sdn. Bhd. yang mewakili Kumpulan Petronas, Wan Azhar Lotfi Wan Yusof berkata, banjir besar yang melanda negeri ini dan Perlis awal bulan lalu bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, tetapi turut menjejaskan kelangsungan hidup segelintir mangsa.



 
Katanya, Petronas memahami kesulitan yang ditanggung oleh keluarga mangsa-mangsa banjir tersebut termasuk perlu berbelanja bagi membeli kelengkapan persekolahan anak masing-masing.

"Program ini merupakan usaha Petronas untuk meringankan beban keluarga mangsa-mangsa banjir dan memberikan keceriaan kepada anak-anak mereka dalam membuat persiapan untuk kembali ke sekolah.

''Kami juga berharap dengan sumbangan ini dapat menaikkan lagi semangat pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pendidikan mereka agar menjadi modal insan yang cemerlang," katanya pada program Kembali Ke Sekolah Petronas sempena bantuan kepada anak-anak mangsa banjir Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah II JKM negeri, Zakaria Taib.

Menurut Wan Azhar, sumbangan itu adalah sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat Petronas kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Katanya, semasa banjir berlaku, Petronas Dagangan Berhad (PDB) turut menyumbangkan sebanyak 220 silinder tong gas kepada pusat-pusat penempatan banjir di negeri ini dan Perlis untuk memasak.

"Kami berharap, program-program seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan syarikat ini dengan masyarakat setempat dan mendorong kami meneruskan inisiatif kemasyarakatan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial Petronas," katanya.

source: utusan online

noradura- dalam entry sebelum ni ade saya ceritakan mengenai kebaikan menggunakan e-press...hehehehe

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Selamat Mengahwini Wanita Lubnan

Baru entry lepas duk cakap pasal jodoh...ni ade satu lagi kenduri kahwin...ketua menteri sarawak Tansri Abdul Taib Mahmud dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun...eh lawa sungguh wajah isterinya Tan Sri....tahniah!...
 
Malam tadi .. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun di kediaman rasminya di Demak Laut, Kuching.  Majlis yang diadakan  secara tertutup itu tidak membenarkan sebarang pihak media untuk memasuki kawasan untuk membuat sebarang liputan.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dinikahkan oleh Mufti Sarawak kira-kira jam 9.30 malam di kediaman rasminya di di Demak Laut, Kuching ..

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir. Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.  "Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari," katanya. Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.

Wednesday, December 15, 2010

Ramai yang tak tahu kebaikan E-Press

Mukadimmah

Al-kisahnya ofis saya nak buat la satu program dengan mangsa-mangsa banjir..dah berminggu2 persiapan dibuat...mmg penat aduyai...sampai la ke part nak menjemput wakil2 media ke majlis tersbut...utk news coverage le tuh...dh siap vet surat invitation sumer (bos besar yg buat, kami buat draft ja)...fax la kami ke wakil2 media yg kami rasa nk mai...kebetulan arini pulak mmg nk p jumpa wakil JKM n tgk dewan skali...kami pon sggh la kat RTM...sembang punya sembang dia kata

"Next time klu nk buat event, boleh la guna E-PRESS"...ape dia pulak nih???...baik awak p jumpa Jabatan Penerangan nti depa gtau..

Di Jabatan Penerangan...

Sibaik la Pengarah dia yg putih melepak ni sudi nak menerima kehdairan kami yg takdak buat appointment pon...mmg org penerangan...habis diterang semuanyer...sejam lebih jugak la saya tongkat biji mata ni. Tapi take away yg paling berguna ialah next time kalau sape2 nak buat event dan memerlukan news coverage fax je details of event to Jabatan Penerangan (send kat branch2 depa kat daerah2 kecil pon ley)...nti depa upload dalam e-press...semua pengarang and media personnel yang nak buat coverage bole access nti....masa hari kejadian tu terpacul la mereka untuk membantu anda membuat news coverage....




kan senang tu...sekian