Rajin-rajin klik yer

Thursday, January 6, 2011

malam jumaat malam yang indah untuk semua

bila tgk tajuk entry saya ni saya takde mana-mana maksud lain yer...semuanya kerana malam jumaat itu adalah hadiah dari Allah s.w.t kepada umat manusia sebagai penghulu segala hari...memandangkan esok hari jumaat, hari besar umat Islam, sama2 la kita mengimarahkan malam yang indah ini dengan bacaan surah YAASIN dan disedekahkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhamamad s.a.w...dan untuk yang lain2..para sahabat, ibu bapa...

cakap pasal mlm jumaat ni, saya terbaca satu kisah malam jumaat yang syahdu dari satu blog...kawan2 boleh baca kat bawah ni...memang meruntun hati...


Malam Jumaat yang Shahdu

Seorang ahli korporat muda sedang meninjau2 akan kereta-keretanya. Beliau sedang asyik mengapreasasikan akan kereta-kereta yang dibeli dengan titik-peluhnya. Sambil bercakap sorang2, "Wahai 'Alphard', engkau terpilih untuk ke surau malam ini. Malam ini adalah malam Jumaat. Malam baca Yaasin. Malam kirim tahlil. Malam bawa pisang ke Surau. Malam penuh berkat. Malam solat hajat mintak dapat projek baru. Malam buat amal ibadat."



Isterinya yang jelita dan masih jelita walaupun dah menjangkau usia 40an menyampuk dari ruang tamu, 'Abang bersembang dengan siapa tu? Dengan awek ke?

Sisuami tersentak lalu menjawab dengan suara memujuk, "Mana ada. Ni tengah tinjau2 kereta mana yang nak bawak malam ni pergi ke Surau. Awak siaplah cepat. Wahai 'Mercz' dan 'BMW', kamu tak layak ke Surau. Kamu hanya layak untuk 'dinner' saja. Oh ya, wahai 'Harley', kamu hanya aku bawak untuk bawak 2nd. mem kamu."

Ketika itu isteri jelitanya sedang berdiri di depan pintu masuk ruang tamu, namun si suami sedang asyik menilik 'Alphard'nya sambil menggosok2nya dan berkata, 'Wahai 'Alphard', kau menjadi saksi aku ke Surau setiap malam Jumaat, apabila aku meninggal nanti, engkaulah jua yang akan membawa jenazah ku."

"Jangan harap. Tolong sikit bang. Tak dibuat di orang. Nanti 'takut'lah saya gunanya nanti. Kereta jenazah kat Surau kan ada." Bentak si isteri.



note: nanti saya sambung yer...

No comments:

Post a Comment