Rajin-rajin klik yer

Monday, January 31, 2011

Beg and wallet Relic by Fossil yang anggun

Salam satu Malaysia and Happy Chinese New Year to everyone...duk sibuk buat drill exercise dengan sekolah lately lupa nak masuk blog and update...hehehehehe


2 minggu lepas saya pesan lagi sepasang bag and wallet Relic (by Fossil) black kaler yang sangat la cantik...at the same time kawan baru balik dr oversea belikan beg tangan (saya ni agak gila handbag)...dah terlebih handbag pulak dah...(macam selalu la "terlebih")...so memandangkan beg ni belum sempat nk pakai lagi, saya nak jual je kat kawan2 yang sukakannya...handbag ni memang besar..masa order ingat kecik je...ukuran dia 17"H X 18 1/4"W and 4"D...mmg besar sungguh nad cantik somemore...sayang nyer nak let go...





RELIC HANDBAG NATALIE FLAP
~ RM 199 ~
SOLD


Pastu purse dia pulak pattern and colour yang sama...Relic by fossil jugak...ade logo Relic kat depan ..ukuran wallet dia mcm standard wallet yang lain jugak 9.5cm x 19cm x 3.17cm...lebih kurang mcm tu la ukuran dia...





RELIC PURSE NATALIE FLAP
~ RM 99 ~
SOLD, THANKS KAK SITI ASMAH




Kalau ade yang berkenan sila contact saya k....tq....

Monday, January 10, 2011

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Banyak solat sunat yang dianjurkan oleh rasul kita Muhammad s.a.w untuk diamalkan dalam kehidupan seharian...antaranya solat Sunat Dhuha...nak baca banyak lagi pasal kelebihan surah ni kawan-kawan bole la belek laman-laman web yang ada...banyak yang menceritakan apakah kelebihan solat sunat ini serta cara-cara mengerjakan nyer...

Ada juga hadis yang menyatakan dan menggalakkan umat Islam mengerjakan ibadah ini

Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"


( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Kalau nak ikut waktu...bermula jam 7 pagi hingga lah sebelum masuk waktu solat zuhur
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu,

sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi  wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
 ( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
h_mj2.jpg (9693 bytes)
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
h_mj3.jpg (59550 bytes)
h_mj5.jpg (72131 bytes)
h_mj6.jpg (71499 bytes)
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

Thursday, January 6, 2011

malam jumaat malam yang indah untuk semua

bila tgk tajuk entry saya ni saya takde mana-mana maksud lain yer...semuanya kerana malam jumaat itu adalah hadiah dari Allah s.w.t kepada umat manusia sebagai penghulu segala hari...memandangkan esok hari jumaat, hari besar umat Islam, sama2 la kita mengimarahkan malam yang indah ini dengan bacaan surah YAASIN dan disedekahkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhamamad s.a.w...dan untuk yang lain2..para sahabat, ibu bapa...

cakap pasal mlm jumaat ni, saya terbaca satu kisah malam jumaat yang syahdu dari satu blog...kawan2 boleh baca kat bawah ni...memang meruntun hati...


Malam Jumaat yang Shahdu

Seorang ahli korporat muda sedang meninjau2 akan kereta-keretanya. Beliau sedang asyik mengapreasasikan akan kereta-kereta yang dibeli dengan titik-peluhnya. Sambil bercakap sorang2, "Wahai 'Alphard', engkau terpilih untuk ke surau malam ini. Malam ini adalah malam Jumaat. Malam baca Yaasin. Malam kirim tahlil. Malam bawa pisang ke Surau. Malam penuh berkat. Malam solat hajat mintak dapat projek baru. Malam buat amal ibadat."



Isterinya yang jelita dan masih jelita walaupun dah menjangkau usia 40an menyampuk dari ruang tamu, 'Abang bersembang dengan siapa tu? Dengan awek ke?

Sisuami tersentak lalu menjawab dengan suara memujuk, "Mana ada. Ni tengah tinjau2 kereta mana yang nak bawak malam ni pergi ke Surau. Awak siaplah cepat. Wahai 'Mercz' dan 'BMW', kamu tak layak ke Surau. Kamu hanya layak untuk 'dinner' saja. Oh ya, wahai 'Harley', kamu hanya aku bawak untuk bawak 2nd. mem kamu."

Ketika itu isteri jelitanya sedang berdiri di depan pintu masuk ruang tamu, namun si suami sedang asyik menilik 'Alphard'nya sambil menggosok2nya dan berkata, 'Wahai 'Alphard', kau menjadi saksi aku ke Surau setiap malam Jumaat, apabila aku meninggal nanti, engkaulah jua yang akan membawa jenazah ku."

"Jangan harap. Tolong sikit bang. Tak dibuat di orang. Nanti 'takut'lah saya gunanya nanti. Kereta jenazah kat Surau kan ada." Bentak si isteri.



note: nanti saya sambung yer...

Wednesday, January 5, 2011

Relic organizer sling bag...pon nak jual

sebelum ni jual kasut...semenjak ade ura-ura nk kena pindah ofis ni naik risau pulak saya dengan barang2 yang banyak...untuk menyelesaikan masalah saya nk let go 2 biji beg Relic organizer sling bag saya...beg ni sesuai untuk di bawa ke office ..nama pon organizer sling bag...memang tujuan dia untuk memuatkan organizer office...punya la tamak saya order sampai 2 biji...hehehee...satu black in colour and satu lagi brown...dua2 pon cantik...tak pernah pakai lagi...baru 2 minggu beli...tk sempat merasa lagi...saya nk jual sebab dah terbeli satu lagi sling beg relic...trend sekarang kan orang suka bawak sling bag pegi office...kunun nyer nak menambah koleksi la kan...sekali kena marah dengan adik2 ku sebab beli sampai 3 biji sekali


RELIC ORGANIZER SLING BAG - RM170.00 
black - sold out, thanks ika
brown- sold out, thanks norly
so kawan2 yang berminat nak beli relic organizer sling bag ni...boleh la contact saya...saya tak tipu memang cantik sebab leather bag...very smart nampak very "eksekutif"...hehehehhe...susah nak dapat beg ni kat mesia...mmg kalau pakai takkan sama ngan orang nyer lah...hehehehe...sekian

2 kasut office yang cantik untuk di jual

malam tadi duk godek2 barang2 dalam store terjumpa la 2 kasut ni...satu CLARKS dan satu lagi kasut ALAIN DELON...kasut CLARKS tu baru minggu lepas beli...tk sempat rasa pon sebab tk muat...tersalah saiz...saiz UK5 (kot la muat saiz 6-7 mesia)...rupanya kaki saya ni terlebih besar...hahahah...so saya nk let go pada harga yang saya beli jugak....RM170...retail price RM298...byk tu kurang..hehe..kasut ni sample shoes and tak pernah pakai lagi...memang cantik sungguh...nama dia DOUBLE DATE...jgn tak tau kasut pon ade mcm2 nama...hehehehe




CLARKS DOUBLE DATE - RM170.00
SOLD, TQ ZIELA


satu lagi kasut saya beli ialah kasut office...kununnya nak bergaya la kan...time2 meeting dgn CEO ka?...uh...orang lasak cam saya ni mana reti nak ayu-ayu...last skali tak pakai langsung..sekali ja pakai tu pon kat ofis...tk bwk jalan kuar ofis pon...sian kasut ni tk merasa cahaya matahari dia...hehehehe...kasut ni besar sket size...tk sure bape 7 ke 8...tp yang penting ade tulis 40..saya yakin sapa pakai size 7 mesti muat kasut ni...tk calar sket pon lagi...beli hari tu RM100 plus...tp saya nak let go at RM30 ja...




ALAIN DELON LADY SHOES- RM30.00

kalau sape2 berminat dgn mana2 kasut ni boleh la contact saya yer....tq.

jalan-jalan masuk sekolah

salam kawan2...salam tahun baru semua...moga 2011 lebih membawa kebahagian dan kejayaan kepada kita semua. lama dah tak bercoret-coret kat sini....dah bersawang dh blog ni...nama pon laman sesawang kan...hehehehe

memandang kan dalam january dan february ni kami akan sibuk dengan pelbagai program kat sekolah, walaupon saya ni bukan cikgu tapi sibuk meeting dengan cikgu2 kalah guru besar...hehehehe...nanti pon nk jadi bini cikgu kan...hahahhahaha


arini kami ke beberapa sekolah bukan buat lawatan eh...nk bincang dengan cikgu2 pasal nk buat drill exercise...salah satu program kemasyarakatan yang kami nak buat untuk local community...takde la kami membangun saja-saja kat sini tanpa menyumbang bakti kepada masyarakat sekeliling...hehehehe

masa mula-mula masuk kawasan sekolah tadi nampak la adik-adik darjah satu beratur ramai-ramai p kantin...minggu pertama ni cikgu lagi la kot yang accompany...yer la mana biasa lagi kan...semua nampak happy dan ade kawan masing2..baju pon baru bersinar-sinar...mak2 tunggu la jumaat ni...jenuh tenyeh la kasut tu...hehehehe

yang best tu masa kat satu sekolah rendah tu ade nampak van MILO...waaa...lama tak merasa minum milo tu...tiba2 teringat zaman2 kat sekolah rendah dulu...1 KERUIN..heheheheh ingat lagi nama cikgu kelas PUAN NORHAYATI DAUD...naik kereta DATSUN warna biru muda...

rata-rata guru besar yang saya jumpa tu busy sakan la kan...maklum la masa ni la JPN nak buat pemantauan persediaan kelas, mesyuarat UPSR, susunan waktu kelas...semua lah...tambah pulak dengan satu lagi program kami dalam takwim kalendar sekolah depa....soi la cikgu2..bukan nak menyusahkan dah depa ni sumbat benda2 ni dalam KPI saya...terpaksa la deliver...hehehehe...haih...

Thursday, December 23, 2010

deretan keluaran kereta2 PROTON baru

berita baik untuk yang baru nk beli kereta....jom tgk kereta2 baru leuaran proton...nama2 pahlawan tu...bangga2


bergaya untuk tahun baru 2011...haih...tup2 dh abis tahun....tanam azam baru yer kawan2...











noradura- kena beli hari isnin ler...klu kaler putih...hahahhahaha

pengaruh warna mengikut hari

haish...dah lewat petang baru boleh jenguk blog hari ni...meeting sana sini konon sibuk la...hehehe...hujung2 tahun ramai bercuti...meeting pon brape kerat jer tinggal...hak sorang tu la nak cover macam2 benda...takpe tlg kawan2 sekali sekala...

masuk2 jer bilik meeting tadi sorang kakak tu tegur (semua lam meeting tu kebetulan perempuan sorang je laki...so byk la agenda ter"divert" ke girl's topic)...hahahahha...

"eh, nape pakai kaler merah arini?"..."lor nape pulak kak?"...eh hari ni kan hari warna KUNING/OREN...kena pakai hari sabtu nanti baju ni....nape pulak kak?...awal2 meeting dh tak masuk topik...setengah jam jugak la explain psl warna mengikut hari ni...hehehehe

kalau kawan2 nak tahu....hari ni ade warna-warna yang sesuai rupanya...tak tahu la sejauh mana kesan warna tersebut kepada seseorang kalau pakai warna tersebut pada hari yang sepatutnya...saya rasa sama jer....tp kakak tu ckp kalau pakai ikut tema, aura lagi kuat....ye kot...boleh la cuba kawan2 yer...

HARIWARNAFREQUENSI
ISNINPUTIH0- 279 nanometer
SELASAPINK / VIOLET
380- 489 nanometer
RABUBIRU490- 544 nanometer
KHAMISKUNING / OREN555-729 nanometer
JUMAATHIJAU545- 554 nanometer
SABTUMERAH730- 780 nanometer
AHADHITAM0- 279 nanometer

noradura- sian baju2 kaler kelabu, takde hari nak pakai....hehehe...meeting tu meleret sampai ke lunch hour...tapi sibaik meet the objectives...huhu

Wednesday, December 22, 2010

beberapa pengalaman kelakar di tanah suci

Entry sebelum ni saya dah share sikit pengalaman di Makkah bersama ibu tercinta...citer pengalaman di sana berbulan-bulan pon tak habis...seronok...dan entry sebelum ni terkeluar cerita kelakar...nak sambung sket yang lain...

antara yang kelakar kat sana saya rasa masa nk ambik gmbr bila kami melawat tempat2 menarik...yg ikut rombongan kebanyakan dah berusia...saya yang paling muda..dan hanya saya jer yang belum kahwin (procedure dia ketat sket utk yg mahram tak ikut especially kat imigresen pak arab)...tiap kali nk amik gmbr saya mintak mak tlg amik kan gmbr saya...mak saya mmg tak pernah pegang camera sebelum ni...
bila suruh amik..."kenapa umie selalu nmpk gmbr sendiri dlm kamera ni?"...eh pelik kenapa mak aku ni nmpk gmbr dia...rupanya reflection skrin kamera tu...hahahhahaha...patut la hasil nya kurang memberangsangkan...ade yang kepala terpotong sket...ade satu gmbr tu mmg tk nmpk gmbr saya sebab ms tu ade kanak-kanak melintas...sian pulak nk suruh mak saya ulang snap...takpe la...jadi la dari takde langsung kan...hahahahhaha


p/s: gambar di saya pinjam dari blog Idris Talu

selain tu masa kat sana mak saya tak berapa nk lalu mkn...sian plak dh la bulan puasa kan...satu hari tu mak saya cakap..."rasa nk makan mee mamak la Angah"...eh mana nak cari nih...saya turun bawah jln2 kat depan deret kedai depan hotel...tiba2..mamat kedai tu (indonesian) panggil..."SITI RAHMAH...mee mamak"

haaa????...memang doa mak saya makbul...pastu dia mengidam lagi nk mkn donat...kat Malaysia takde nmpk pulak dia mkan donut...kelaka pulak rasa...bila saya tny ustaz yang bawa kami tu...dia ckp ade jual tp dia tk ingat kat lorong mana (sana byk lorong2 kat kedai2)...saya rasa mcm mls nk cari maklum la perempuan takde mahram pulak tu...sekali ms masuk kedai runcit tu...nampak atas tray tu donut yang dh pack2....hahahahhaha...mmg mak saya ni beruntung...ape yang dia hajat mesti dapat....hehehhehe...takde la susah sy nak cari pon...Allah permudahkan segala urusan di sana kawan2

yang paling kelakar saya rasa, bila tgk LCD display kat bus-bus kat Mekah...kebanyakkan pekerja kat sana indonesian termasuk la driver bus yang bawa jemaah2 ni nak ke tempat niat umrah, contohnya Tana'im...lama saya duk perhati...pastu saya gelak..."kenapa kamu?"...tny umi saya...."tgk la kat bus tu tulis ape"....BUAYA DARAT NAK PULANG KAMPUNG.....hahahahha...tahu la ramai pak arab tak faham

p/s: ini bukan gambar sendiri, saya pinjam dari blog through my window

tragedi Kuih Bakar

bila ingat balik, memang nak tergelak besar ...cerita ni jadi masa duduk bersama-sama pengawal keselamatan kat depan ofis...bukan ape, bos suruh tggu kat pintu depan hari tu sebab nk pastikan semua pelawat  (customer kami dari Jepun) masuk dengan selamat....

duduk sembang dengan diroang ni terkeluar la cerita pasal seorang koperal ni..

"nampak kurus yer sekarang?"..saya yang tegur..."erm tu la, saya ni kencing manis, darah tinggi dik, kalau kat rumah tu makan rebus dengan BAKAR jela, minyak2 goreng2 ni langsung tak bole...tu yang kurus ni"...

tiba2 datang seorang kakitangan IT nak serahkan pas masuk dia...menyampuk pulak dia..."kalau macam tu KUIH BAKAR  bole la kan?"....hahahhaha....buat lawak



sorang lagi menyampuk..."KUIH BAKAR pon tak boleh kalau si BAKAR ni tak bagi"......hahahahahhahah...kebetulan memang ade staff nama BAKAR tapi panggil Cik Burn ja



kelakar2...pecah perut ku....

Tuesday, December 21, 2010

perasaan SYAHDU bila terkenangkan tanah suciMU ya Allah

petang tadi senior executive datang ofis...terkejut sbb lama dah tak tgk dia...ALHAMDULILLAH....baru balik dari mengerjakan Haji...dia datang nak bagi kad jemputan kahwin anak dia sebenarnya...berganda2 ucapan tahniah utk ABANG MIE....heheheh

dah sembang2 pasal pengalaman beliau di tanah suci tiba2 hati raya sayu bila terkenang kan detik2 berada di bumi ALLAH ni....saya yakin sesiapa jua yang pernah menjejakkan kami ke rumah Allah pastikan akan terkenang saat dan nikmat Allah semasa berada di sana...termasuk la hambaMU ini ya Allah...

ramadhan lepas..sempat saya menjejakkan kaki ke tanah suci Makatul mukarramah bersama ibu tercinta...takde plan nk ke sana tetapi memang rezeki dah tertulis...percaya la kawan2...pengalaman berpuasa selama 13 hari di bumi Allah merupakan saat paling berharga dalam hidup ini...

banyak pengalaman berharga di sana...yang kelakar pon ade..pengalaman paling tidak dapat dilupakan bila imam melaungkan ALLAHUAKBAR semasa sembahyang jumaat di masjidil haram (perempuan juga digalakkan bersolat jumaat)...rasa bergegar bumi Allah bila para jemaah mengaminkan doa imam...terasa terus tersusuk di dada...tidak tahu di mana datangnya kekuatan itu...di rasakan terus naik ke langit laungan ini...terasa amat pelik dan takut...gembira sayu semua ada...hanya yang mengalami nya akan merasa...subhanallah




yang paling saya rindu ialah alunan RABBANA WALAKAL HAMD semasa solat terawih...alunan itu tak pernah saya dengar di mana-mana...terlalu indah untuk pendengaran ini...nikmat ya Allah...sementara menunggu imam memulakan solat terawih, saya sempat tidur di pangku ibu tercinta..memandang terus ke langit allah (ketika itu bersembahyang di luar masjidil haram)...terasa indah bumi Allah...benar la kata orang bintang tidak bersinar di langit bumi MAKKAH...indah...


berbuka puasa di masjidil haram terasa lain benar...duduk bersama jemaah dari serata dunia..berkongsi teh rempah yang di edarkan dalam masjid...12 minit jer di benarkan berbuka...pastu terus sambung dgn solat maghrib dan solat isyak...dalam masjid para pak arab yang kaya ni akan edarkan kurma...ikut area kawan2...ade pintu 32 tu pak arab lain jaga...ikut la kalau suka kurma yang mahal sket jalan la ke ruang2 lain dalam masjidil haram (saya pon buat)...diorang bersedekah macam2..kitab al-quran...sejadah...buku2 panduan....lepas solat maghrib para pekerja di masjidil haram akan buat kerja mencuci...masa ni kena jaga barang masing2...depa sapu semua benda yang ade kat lantai...bukan berjalan...sambil lari tau...hehhehe...

dalam masjidil haram memang jemaah tak dibenarkan bawa mobile phone, camera...semua akan dicheck di setiap pintu masuk...memang dia seluk semua saku and celah yang ada kat badan...geli pon ade...hehehehe...tp diorang check bahagian atas jer...saya selalu sembunyi dalam beg selipar atau dalam stokin...so byk la gmbr yang saya boleh amik...gmbr masa sai'e, gmbr semasa tawaf betul2 depan kaabah, gmbr di hijir ismail, gmbr di safa n marwah...pendek kata semua tmpt yg saya duduk dalam masjidil haram tu la...bila balik Malaysia tamai jeles sebab dapat amik gmbr2 tu....hehehehehheehe...tp yang penting gmbr mak saya la yang banyak sebab saya tukang amik jer...yg paling penting saya dpt rakam video azan subuh di masjidil haram...sangat indah...believe me brother n sister

noradura - banyak lagi nak cerita...tp tak larat nak type...next time sambung pengalaman kelakar di Makkah...terlalu banyak nak share walaupon 13 hari di makkah dan 5 hari di Madinah...

Award dari Queen F

duk belek2 blog queen F, tiba2 mata terpukau dengan entry pasal awrd ni...grab jer la...tk susah pon...suka jugak benda2 mcm ni...link sana sini maklum la orang baru...ni la caranya nak luaskan jajahan takluk...yer tak???



berkenaan beberapa soklan yang perlu dilalui, ini la jawapan ku yang tak seberapa

5 benda yang queen F kena tahu pasal saya
1. orang pantai timur tp fasih berbahasa utara...hehehe duk sini since zaman matrik, sambung u, dpt keje pon sini n bakal kawen orang sini...mana tak fasih?..hehehe
2. saya kira agak beruntung sebab saya punya adk brdk yg lengkap, satu kakak, satu abang, satu adik laki n satu adik perempuan...kelahiran bunga (selang lelaki n perempuan)
3. memakai braces..
4. tak suka semua jenis kuih yang lembik
5. suka baca blog orang

benda yang saya nak tahu pasal queen F
apa cabaran paling tak syok dalam dunia blog...santapan utk yang baru2 mcm saya...

pandangan pasal blog queen F
you are so sempoi in your writing...senang jer nak baca

kata-kata untuk queen F
selamat berkenalan, harap sudi jengah2 ke blog saya juga

noradura - harap ramai kawan dalam dunia blog pasni

Monday, December 20, 2010

Jadual Hari kelepasan Am Persekutuan 2011



Jadual hari kelepasan am persekutuan dah dikeluarkan oleh kabinet...tapi ni page 1 jer tau...page seterusnya boleh refer kat sini

boleh la kawan2 merujuk untuk tarikh2 penting...nak tunang ka...nak kawen ka....nak bercuti ka...heheheh...kalau yang jatuh pada hari yang dekat2 dengan hujung minggu tu bole la panjangkan lagi cuti yer tak...pandai2 la atur...sape yang nk flight tiket lebih murah...bole la tempah dari sekarang....hehehehhe


Lagi kemalangan bas di Simpang Pulai Ipoh

dalam pukul 2 petang tadi agak terkejut bila salah seorang kawan ofis bgtau ade bus crash lagi kat Ipoh (thru his radio geng)...at least 26 of them were killed in the crash.....waaa...menakutkan la nak naik bus lately...ada lam tv3 tonite kot...tapi nampak dah ade publish dalam twitter thestaronline...later dalam bernama and lain2....






most of them yang terbunuh adalah tourist from Thailand....pemandu, the assistance termasuk la jugak tourist guide...sian nyer

more news: sifu

Semak saman kenderaan anda!

hujung-hujung tahun ni ramai kawan-kawan yang bercuti...especially yang ade anak-anak sekolah...time ni la nak bawa diorang melancong...bila lagi nk tggu cuti sekolah panjang...yer dak

sebelum bercuti tu saya nasihatkan jugak kawan-kawan supaya semak saman kenderaan masing2...mana la tahu kena tahanke hape ke tgh jalan...tak ke haru tu...hehehe
Semakan boleh dibuat melalui 3 cara yer kawan2...

1.http://www.myeg.com.my/
3. SMS taip POLIS<jarak>SAMAN<jarak> (nombor kenderaan/mykad) dan hantar ke 32728



noradura - tetiba ade saman....RM180 bakal terbang...adeih!

Shopping beg online

Ramai kawan-kawan ni saya tahu suka sangat shopping handbag secara online kan...saya pun...hehehe..

kalau nak shopping barangan dari oversea yang memang tak tipu punya saya syorkan kawan-kawan semua ke 2 blog yang saya rasa mmg ade offer barangan latest dan sentiasa berganti barangan nya...hehehe

kami anak beranak suka shopping kat sini...berpatutan...kadang2 kalau kawan2 ade teringin nk mana2 beg...just send email or sms kat diorang...nti diorang bole tlg carikan....

1. Begcanteq
2. Ronastore

noradura- selamat bershopping yer kawan2

250 mangsa banjir terima alat sekolah

ALOR SETAR 17 Dis. - Seramai 250 pelajar yang menjadi mangsa banjir menerima bantuan peralatan persekolahan daripada Kumpulan Petronas pada satu program yang dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah, di sini hari ini.

Kesemua pelajar yang terlibat menerima bantuan berupa beg sekolah, alat tulis dan wang tunai RM100 setiap seorang daripada Petronas dan anak-anak syarikatnya bagi membantu mereka membuat persiapan untuk memulakan sesi persekolahan baru mulai 2 Januari ini.
Mereka merupakan mangsa-mangsa banjir dari daerah Kubang Pasu, Padang Terap dan Kota Setar dan dikenal pasti oleh JKM negeri untuk menerima bantuan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Fertilizer (Kedah) Sdn. Bhd. yang mewakili Kumpulan Petronas, Wan Azhar Lotfi Wan Yusof berkata, banjir besar yang melanda negeri ini dan Perlis awal bulan lalu bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda, tetapi turut menjejaskan kelangsungan hidup segelintir mangsa.



 
Katanya, Petronas memahami kesulitan yang ditanggung oleh keluarga mangsa-mangsa banjir tersebut termasuk perlu berbelanja bagi membeli kelengkapan persekolahan anak masing-masing.

"Program ini merupakan usaha Petronas untuk meringankan beban keluarga mangsa-mangsa banjir dan memberikan keceriaan kepada anak-anak mereka dalam membuat persiapan untuk kembali ke sekolah.

''Kami juga berharap dengan sumbangan ini dapat menaikkan lagi semangat pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada pendidikan mereka agar menjadi modal insan yang cemerlang," katanya pada program Kembali Ke Sekolah Petronas sempena bantuan kepada anak-anak mangsa banjir Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, di sini hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengarah II JKM negeri, Zakaria Taib.

Menurut Wan Azhar, sumbangan itu adalah sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat Petronas kepada mereka yang memerlukan bantuan.

Katanya, semasa banjir berlaku, Petronas Dagangan Berhad (PDB) turut menyumbangkan sebanyak 220 silinder tong gas kepada pusat-pusat penempatan banjir di negeri ini dan Perlis untuk memasak.

"Kami berharap, program-program seumpama ini akan mengeratkan lagi hubungan syarikat ini dengan masyarakat setempat dan mendorong kami meneruskan inisiatif kemasyarakatan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial Petronas," katanya.

source: utusan online

noradura- dalam entry sebelum ni ade saya ceritakan mengenai kebaikan menggunakan e-press...hehehehe

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Selamat Mengahwini Wanita Lubnan

Baru entry lepas duk cakap pasal jodoh...ni ade satu lagi kenduri kahwin...ketua menteri sarawak Tansri Abdul Taib Mahmud dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun...eh lawa sungguh wajah isterinya Tan Sri....tahniah!...
 
Malam tadi .. Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selamat dinikahkan dengan seorang wanita Lubnan berusia 28 tahun di kediaman rasminya di Demak Laut, Kuching.  Majlis yang diadakan  secara tertutup itu tidak membenarkan sebarang pihak media untuk memasuki kawasan untuk membuat sebarang liputan.
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dinikahkan oleh Mufti Sarawak kira-kira jam 9.30 malam di kediaman rasminya di di Demak Laut, Kuching ..

Antara orang kenamaan yang dilihat masuk seawal jam 6 petang ialah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari Openg; Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan; Penasihat Khas Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem; Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Mohd Naroden Majais dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

Taib dan isteri, seorang wanita Lubnan dinikahkan oleh Mufti Sarawak, Kipli Yassin, kira-kira jam 9.30 malam dengan satu majlis persandingan sederhana turut diadakan di ruang utama kediaman rasmi beliau. Antara saksinya, anak kedua Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir. Majlis tepung tawar mempelai dan persembahan hadrah dan berzanji turut diadakan ketika Taib dan isteri bersanding dengan kenalan dan keluarga terdekat diberi peluang menepung tawar pasangan.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar Ketua Menteri, Amin Sahmat yang ditemui pihak media, memaklumkan majlis itu adalah tertutup dengan hanya jemputan khas dibenar memasuki kediaman Ketua Menteri.  "Ini hanya majlis doa selamat, pengumuman lanjut akan dibuat kemudian dengan majlis kepada umum akan diadakan pada Januari," katanya. Bagaimanapun, Amin enggan mengulas lanjut mengenai majlis yang sebelum itu dipercayai adalah bagi meraikan pasangan Taib dan pilihan hatinya itu.

Zikir utk diringankan jodoh…

Bertemu jodoh ni atas urusan Allah, yang tu semua orang percayakan?...heheheh

tapi sebagai hambaNya yang naif...tk boleh la terus-terusan mengharap je kawan-kawan kena la usaha sama kan...antara zikir yang boleh diamalkan:

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.” (Surah al-Anbiya’ ayat 89)



P/s- Doa ini sesuai diamalkan bagi mereka yang susah untuk mendapat jodoh…

Selain itu, kawan-kawan boleh la juga amalkan

1. Doa seribu dinnar (3x)
2. Surah Yusuf; ayat ke-4 (baca lisajidin sebyk 7x dlm satu nafas)
3. Surah Yassin; ayat ke-36 (amalkan sblm kuar umah 3x dimulai melangkah ngan kaki kanan)


Ade kawan-kawan kata mandi bunga ...yang tu semua terserah....cakap pasal mandi bunga ni nak kongsi la sikit pengalaman sendiri mandi bunga ni...hehehe

Episod Mandi bunga....

Satu hari kawan kat ofis nak buat facial, tapi mls nk drive mintak la saya temankan...masa dia tgh buat facial tu...tiba2 owner tu tny...adik dah kawen?...belum...tanak try mandi bunga...??



macam biasa la kan...mana tanak caya...lama jugak duk tggu kawan tu buat facial...lambat pulak ...pas di pujuk2 oleh kak Liha, owner kedai tu...pi jela...mmg takde niat nk mandi bunga pon aritu...siap gelak2 lagi masa mandi tu....hahahha

pastu dia ade lumur satu haruman kat muka...takleh nampak kaler ape...pastu dia ckp klu ade halangan kaler ni akan berubah...dah 20 minit akak tu mai...tk tny pon dia kaler tu berubah ke tak...tk interested la nk tahu

2 minggu kemudian???

"angah, esok balik awal sket yer"...along saya call

"nape???...ade orang nk tgk kamu...."...ermmm tgk jela....malas nk ready2...

"sape long?"...kamu tgk jela sabtu ni.....



p/s: ni bukan cincin saya yer...hampir2 sama..source: http://mazrulphotoblog.wordpress.com/2008/10/10/tunang/

dari hari tu, 6 bulan lepas sampai la sekarang ....

dia dah selamat pon jadi tunang saya...tk tahu kesan mandi bunga ke tak....hehehhehe...kebetulan ke tak tau...mungkin kot dengan izin Allah....kawan-kawan nk cuba pon tak salah....tp jgn percaya amalan khurafat...cuba sebagai salah satu usaha saja.....

sekian

Solat Sunat Subuh

Antara solat sunat yang sangat dituntut adalah solat sunat subuh. Ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah sangat menjaga solat sunat subuh ini walau pun terlewat untuk mengerjakan solat subuh.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".

Dan diriwayatkan oleh Saiyidah Aishah juga bahawa Rasulullah SAW bersabda lagi berkenaan solat dua rakaat ini:

"Dua rakaat ini lebih aku sukai daripada segala isi dunia."

Dan diriwayatkan lagi oleh Saiyidah Aishah r.a. bahawa Rasulullah SAW apabila di dalam perkara Solat Sunat, Baginda mengambil berat untuk mengerjakan Solat Sunat Subuh lebih daripada yang lain-lain.


 



blog rujukan
http://syukri-hakim.blogspot.com/2008/08/kelebihan-solat-sunat-subuh-sunat-fajar.html