Rajin-rajin klik yer

Monday, January 31, 2011

Beg and wallet Relic by Fossil yang anggun

Salam satu Malaysia and Happy Chinese New Year to everyone...duk sibuk buat drill exercise dengan sekolah lately lupa nak masuk blog and update...hehehehehe


2 minggu lepas saya pesan lagi sepasang bag and wallet Relic (by Fossil) black kaler yang sangat la cantik...at the same time kawan baru balik dr oversea belikan beg tangan (saya ni agak gila handbag)...dah terlebih handbag pulak dah...(macam selalu la "terlebih")...so memandangkan beg ni belum sempat nk pakai lagi, saya nak jual je kat kawan2 yang sukakannya...handbag ni memang besar..masa order ingat kecik je...ukuran dia 17"H X 18 1/4"W and 4"D...mmg besar sungguh nad cantik somemore...sayang nyer nak let go...





RELIC HANDBAG NATALIE FLAP
~ RM 199 ~
SOLD


Pastu purse dia pulak pattern and colour yang sama...Relic by fossil jugak...ade logo Relic kat depan ..ukuran wallet dia mcm standard wallet yang lain jugak 9.5cm x 19cm x 3.17cm...lebih kurang mcm tu la ukuran dia...





RELIC PURSE NATALIE FLAP
~ RM 99 ~
SOLD, THANKS KAK SITI ASMAH




Kalau ade yang berkenan sila contact saya k....tq....

Monday, January 10, 2011

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Banyak solat sunat yang dianjurkan oleh rasul kita Muhammad s.a.w untuk diamalkan dalam kehidupan seharian...antaranya solat Sunat Dhuha...nak baca banyak lagi pasal kelebihan surah ni kawan-kawan bole la belek laman-laman web yang ada...banyak yang menceritakan apakah kelebihan solat sunat ini serta cara-cara mengerjakan nyer...

Ada juga hadis yang menyatakan dan menggalakkan umat Islam mengerjakan ibadah ini

Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"


( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya :      " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Kalau nak ikut waktu...bermula jam 7 pagi hingga lah sebelum masuk waktu solat zuhur
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu,

sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi  wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"
 ( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
h_mj2.jpg (9693 bytes)
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
h_mj3.jpg (59550 bytes)
h_mj5.jpg (72131 bytes)
h_mj6.jpg (71499 bytes)
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."

Thursday, January 6, 2011

malam jumaat malam yang indah untuk semua

bila tgk tajuk entry saya ni saya takde mana-mana maksud lain yer...semuanya kerana malam jumaat itu adalah hadiah dari Allah s.w.t kepada umat manusia sebagai penghulu segala hari...memandangkan esok hari jumaat, hari besar umat Islam, sama2 la kita mengimarahkan malam yang indah ini dengan bacaan surah YAASIN dan disedekahkan kepada junjungan besar kita Nabi Muhamamad s.a.w...dan untuk yang lain2..para sahabat, ibu bapa...

cakap pasal mlm jumaat ni, saya terbaca satu kisah malam jumaat yang syahdu dari satu blog...kawan2 boleh baca kat bawah ni...memang meruntun hati...


Malam Jumaat yang Shahdu

Seorang ahli korporat muda sedang meninjau2 akan kereta-keretanya. Beliau sedang asyik mengapreasasikan akan kereta-kereta yang dibeli dengan titik-peluhnya. Sambil bercakap sorang2, "Wahai 'Alphard', engkau terpilih untuk ke surau malam ini. Malam ini adalah malam Jumaat. Malam baca Yaasin. Malam kirim tahlil. Malam bawa pisang ke Surau. Malam penuh berkat. Malam solat hajat mintak dapat projek baru. Malam buat amal ibadat."



Isterinya yang jelita dan masih jelita walaupun dah menjangkau usia 40an menyampuk dari ruang tamu, 'Abang bersembang dengan siapa tu? Dengan awek ke?

Sisuami tersentak lalu menjawab dengan suara memujuk, "Mana ada. Ni tengah tinjau2 kereta mana yang nak bawak malam ni pergi ke Surau. Awak siaplah cepat. Wahai 'Mercz' dan 'BMW', kamu tak layak ke Surau. Kamu hanya layak untuk 'dinner' saja. Oh ya, wahai 'Harley', kamu hanya aku bawak untuk bawak 2nd. mem kamu."

Ketika itu isteri jelitanya sedang berdiri di depan pintu masuk ruang tamu, namun si suami sedang asyik menilik 'Alphard'nya sambil menggosok2nya dan berkata, 'Wahai 'Alphard', kau menjadi saksi aku ke Surau setiap malam Jumaat, apabila aku meninggal nanti, engkaulah jua yang akan membawa jenazah ku."

"Jangan harap. Tolong sikit bang. Tak dibuat di orang. Nanti 'takut'lah saya gunanya nanti. Kereta jenazah kat Surau kan ada." Bentak si isteri.



note: nanti saya sambung yer...

Wednesday, January 5, 2011

Relic organizer sling bag...pon nak jual

sebelum ni jual kasut...semenjak ade ura-ura nk kena pindah ofis ni naik risau pulak saya dengan barang2 yang banyak...untuk menyelesaikan masalah saya nk let go 2 biji beg Relic organizer sling bag saya...beg ni sesuai untuk di bawa ke office ..nama pon organizer sling bag...memang tujuan dia untuk memuatkan organizer office...punya la tamak saya order sampai 2 biji...hehehee...satu black in colour and satu lagi brown...dua2 pon cantik...tak pernah pakai lagi...baru 2 minggu beli...tk sempat merasa lagi...saya nk jual sebab dah terbeli satu lagi sling beg relic...trend sekarang kan orang suka bawak sling bag pegi office...kunun nyer nak menambah koleksi la kan...sekali kena marah dengan adik2 ku sebab beli sampai 3 biji sekali


RELIC ORGANIZER SLING BAG - RM170.00 
black - sold out, thanks ika
brown- sold out, thanks norly
so kawan2 yang berminat nak beli relic organizer sling bag ni...boleh la contact saya...saya tak tipu memang cantik sebab leather bag...very smart nampak very "eksekutif"...hehehehhe...susah nak dapat beg ni kat mesia...mmg kalau pakai takkan sama ngan orang nyer lah...hehehehe...sekian

2 kasut office yang cantik untuk di jual

malam tadi duk godek2 barang2 dalam store terjumpa la 2 kasut ni...satu CLARKS dan satu lagi kasut ALAIN DELON...kasut CLARKS tu baru minggu lepas beli...tk sempat rasa pon sebab tk muat...tersalah saiz...saiz UK5 (kot la muat saiz 6-7 mesia)...rupanya kaki saya ni terlebih besar...hahahah...so saya nk let go pada harga yang saya beli jugak....RM170...retail price RM298...byk tu kurang..hehe..kasut ni sample shoes and tak pernah pakai lagi...memang cantik sungguh...nama dia DOUBLE DATE...jgn tak tau kasut pon ade mcm2 nama...hehehehe




CLARKS DOUBLE DATE - RM170.00
SOLD, TQ ZIELA


satu lagi kasut saya beli ialah kasut office...kununnya nak bergaya la kan...time2 meeting dgn CEO ka?...uh...orang lasak cam saya ni mana reti nak ayu-ayu...last skali tak pakai langsung..sekali ja pakai tu pon kat ofis...tk bwk jalan kuar ofis pon...sian kasut ni tk merasa cahaya matahari dia...hehehehe...kasut ni besar sket size...tk sure bape 7 ke 8...tp yang penting ade tulis 40..saya yakin sapa pakai size 7 mesti muat kasut ni...tk calar sket pon lagi...beli hari tu RM100 plus...tp saya nak let go at RM30 ja...




ALAIN DELON LADY SHOES- RM30.00

kalau sape2 berminat dgn mana2 kasut ni boleh la contact saya yer....tq.

jalan-jalan masuk sekolah

salam kawan2...salam tahun baru semua...moga 2011 lebih membawa kebahagian dan kejayaan kepada kita semua. lama dah tak bercoret-coret kat sini....dah bersawang dh blog ni...nama pon laman sesawang kan...hehehehe

memandang kan dalam january dan february ni kami akan sibuk dengan pelbagai program kat sekolah, walaupon saya ni bukan cikgu tapi sibuk meeting dengan cikgu2 kalah guru besar...hehehehe...nanti pon nk jadi bini cikgu kan...hahahhahaha


arini kami ke beberapa sekolah bukan buat lawatan eh...nk bincang dengan cikgu2 pasal nk buat drill exercise...salah satu program kemasyarakatan yang kami nak buat untuk local community...takde la kami membangun saja-saja kat sini tanpa menyumbang bakti kepada masyarakat sekeliling...hehehehe

masa mula-mula masuk kawasan sekolah tadi nampak la adik-adik darjah satu beratur ramai-ramai p kantin...minggu pertama ni cikgu lagi la kot yang accompany...yer la mana biasa lagi kan...semua nampak happy dan ade kawan masing2..baju pon baru bersinar-sinar...mak2 tunggu la jumaat ni...jenuh tenyeh la kasut tu...hehehehe

yang best tu masa kat satu sekolah rendah tu ade nampak van MILO...waaa...lama tak merasa minum milo tu...tiba2 teringat zaman2 kat sekolah rendah dulu...1 KERUIN..heheheheh ingat lagi nama cikgu kelas PUAN NORHAYATI DAUD...naik kereta DATSUN warna biru muda...

rata-rata guru besar yang saya jumpa tu busy sakan la kan...maklum la masa ni la JPN nak buat pemantauan persediaan kelas, mesyuarat UPSR, susunan waktu kelas...semua lah...tambah pulak dengan satu lagi program kami dalam takwim kalendar sekolah depa....soi la cikgu2..bukan nak menyusahkan dah depa ni sumbat benda2 ni dalam KPI saya...terpaksa la deliver...hehehehe...haih...

Thursday, December 23, 2010

deretan keluaran kereta2 PROTON baru

berita baik untuk yang baru nk beli kereta....jom tgk kereta2 baru leuaran proton...nama2 pahlawan tu...bangga2


bergaya untuk tahun baru 2011...haih...tup2 dh abis tahun....tanam azam baru yer kawan2...











noradura- kena beli hari isnin ler...klu kaler putih...hahahhahaha